Budak enchem Ammar baruuuu je start selsema dan batuk2..Kecian si enchem Ammar ni..smlm tdo xlena ,susah nk bernafas..batuk2 je..igtkan batuk je..bgn pagi td mata cayang asyik berair je pastu tiba2 kuar tahi mata xhenti-henti…ibu igtkan cayang sakit mata…so bawalah p klinik..Tp rupa2nya selsema..selsema yg mnyebabkan mata berhingus & bertahi mata sbb hidung tersumbat…So,Dr nasihat jgn lupa mkn ubat , titiskan ubat kt hidung and Ibu Ammar kena selalu urut mata cayang…
  cayang good boy, xtakut mkn ubat..
Punca cayang selsema ibu rasa sbb cayang mandi kolam lama sgt ms kt PD & kepala kena embun mlm lama ms mlm BBQ kt tepi pantai…Lain kali Ibu kena berhati2..
 lena tdo selepas mkn ubat..
 kain pelikat papa buat ulit tdo cayang..  
Ammar rindu papa...
Ibu doakan semoga cayang cepat sembuh...cayang mesti kuat... 
Ibu sentiasa disisi cayang n papa sentiasa di hati cayang...
we love u cayang Ammar...
Petua mengelakkan anak2 kecil dr Demam n Selsema..  
Elakkan      membasahkan ubun-ubun anak secara kerap atau dibiarkan embun lama, kerana      ia akan mendedahkan anak kepada gejala selsema seperti hidung berhingus,      kahak dan sebagainya. Gejala ini merupakan gejala yang paling kerap      dialami oleh anak kecil. Ubun-ubun perlu disapu secara lembut dengan      minyak telon atau vicks dan dilap segera sejurus mandi.  
* 
Jangan terus      jirus kepala anak apabila mandi, mulakan dengan kaki sebelah kanan dan      seterusnya naik ke badan atas.  
* 
Bagi bayi khususnya,      disyorkan menghangatkan dan mengurut serata badan mereka dengan minyak      telon dan diurut berulang kali dibahagian betis. Amalan ini dikatakan      dapat mengelakkan anak kembung perut dan kaki menjadi lebih lurus dan      kuat. 
*
Sekiranya anak      mendapat gejala selsema, segeralah menyapu minyak telon pada seluruh      anggota badan dan ubun-ubun serta dipakaikan stoking dan baju berlengan      pada waktu malam. Elakkan anak dibiarkan tidur dibawah kipas tanpa baju      dan selimut sekiranya cuaca sejuk dan mendung. Bagi sup ayam. Bagi anak      yang sensitive elakkan penggunaan kipas jenis "shoot" terus.      Insyaallah anak akan cepat recover. 
*
Amalan urutan      pada badan anak untuk menambahkan kemesraan dan meningkatkan penggunaan      kondisi mata serta anggota badan mereka yang lain. Malah tidur anak akan      lebih tenang dan menggembirakan. Sesibuk mana pun anda pastikan satu hari      anda mempunyai masa untuk bercakap dengan si manja anda. 
*
Amalan bacaan      surah Luqman dan "Allahulatifu bi ibadihi yarzukumar yashar walla      hukowiyun aazim" dan tiupkan pada ubun-ubun anak ketika dia hendak      tidur Insya Allah anak akan lebih mendengar kata dan menyayangi kita. 
*
Dedahkan      anak-anak kepada makanan yang berkhasiat seperti buahan, sayuran, yogurt      dan oat bagi meningkatkan kesihatan mereka, Elakkan mereka mengambil      makanan yang banyak mengandungi MSG, garam dan pewarna tiruan seperti junk      food. 
*
Walaupun anak      sudah berhenti minum susu botol, namun ibubapa disyorkan tetap memberikan      susu pada mereka sehingga berusia 12 tahun. Susu dapat membekalkan tenaga,      kalsium membina tulang dan gigi yang kuat pada anak 
*
Jangan ambil      enteng akan kebersihan kediaman dan peralatan rumah anda, sentiasa      pastikan disterilkan samada dengan cecair Dettol untuk mengelak penyebaran      kuman. Pastikan anak-anak dimandikan dan disalin dengan baju baru      sekiranya mereka bermain diluar rumah walaupun sekadar bermain rumput.      Anda anda mungkin terdedah pada hama dan ulat yang boleh mengundang      kegatalan kulit dan menyebabkan kerengsaan.
*
 Botol susu anda      seharusnya disterilkan setiap hari dengan air panas pada suhu 100 C.      Pastikan botol susu anak jenis plastic yang berkualiti untuk mengelakkan      kebocoran plastic yang memungkinkan risiko hati dan kanser pada anak.      Kesannya sama seperti kita menggunakan polisterin. Sebaiknya botol susu      ditukar setiap 3 bln sekali. 
*
Sebaik-baiknya      anak yang telah berusia 6 bln diberi makanan yang sesuai bukannya 4 bulan      kerana ketika ini dikhuatiri usus mereka masih lembut.


This comment has been removed by the author.
ReplyDelete