Saturday 19 March 2011

Ammar Danish selsema...

Budak enchem Ammar baruuuu je start selsema dan batuk2..Kecian si enchem Ammar ni..smlm tdo xlena ,susah nk bernafas..batuk2 je..igtkan batuk je..bgn pagi td mata cayang asyik berair je pastu tiba2 kuar tahi mata xhenti-henti…ibu igtkan cayang sakit mata…so bawalah p klinik..Tp rupa2nya selsema..selsema yg mnyebabkan mata berhingus & bertahi mata sbb hidung tersumbat…So,Dr nasihat jgn lupa mkn ubat , titiskan ubat kt hidung and Ibu Ammar kena selalu urut mata cayang…

  cayang good boy, xtakut mkn ubat..

Punca cayang selsema ibu rasa sbb cayang mandi kolam lama sgt ms kt PD & kepala kena embun mlm lama ms mlm BBQ kt tepi pantai…Lain kali Ibu kena berhati2..


 lena tdo selepas mkn ubat..

 kain pelikat papa buat ulit tdo cayang.. 
Ammar rindu papa...

Ibu doakan semoga cayang cepat sembuh...cayang mesti kuat... 

Ibu sentiasa disisi cayang n papa sentiasa di hati cayang...
we love u cayang Ammar...
Petua mengelakkan anak2 kecil dr Demam n Selsema..  

Elakkan membasahkan ubun-ubun anak secara kerap atau dibiarkan embun lama, kerana ia akan mendedahkan anak kepada gejala selsema seperti hidung berhingus, kahak dan sebagainya. Gejala ini merupakan gejala yang paling kerap dialami oleh anak kecil. Ubun-ubun perlu disapu secara lembut dengan minyak telon atau vicks dan dilap segera sejurus mandi.  
*
Jangan terus jirus kepala anak apabila mandi, mulakan dengan kaki sebelah kanan dan seterusnya naik ke badan atas.  
* 
Bagi bayi khususnya, disyorkan menghangatkan dan mengurut serata badan mereka dengan minyak telon dan diurut berulang kali dibahagian betis. Amalan ini dikatakan dapat mengelakkan anak kembung perut dan kaki menjadi lebih lurus dan kuat. 
*
Sekiranya anak mendapat gejala selsema, segeralah menyapu minyak telon pada seluruh anggota badan dan ubun-ubun serta dipakaikan stoking dan baju berlengan pada waktu malam. Elakkan anak dibiarkan tidur dibawah kipas tanpa baju dan selimut sekiranya cuaca sejuk dan mendung. Bagi sup ayam. Bagi anak yang sensitive elakkan penggunaan kipas jenis "shoot" terus. Insyaallah anak akan cepat recover. 
*
Amalan urutan pada badan anak untuk menambahkan kemesraan dan meningkatkan penggunaan kondisi mata serta anggota badan mereka yang lain. Malah tidur anak akan lebih tenang dan menggembirakan. Sesibuk mana pun anda pastikan satu hari anda mempunyai masa untuk bercakap dengan si manja anda. 
*
Amalan bacaan surah Luqman dan "Allahulatifu bi ibadihi yarzukumar yashar walla hukowiyun aazim" dan tiupkan pada ubun-ubun anak ketika dia hendak tidur Insya Allah anak akan lebih mendengar kata dan menyayangi kita. 
*
Dedahkan anak-anak kepada makanan yang berkhasiat seperti buahan, sayuran, yogurt dan oat bagi meningkatkan kesihatan mereka, Elakkan mereka mengambil makanan yang banyak mengandungi MSG, garam dan pewarna tiruan seperti junk food. 
*
Walaupun anak sudah berhenti minum susu botol, namun ibubapa disyorkan tetap memberikan susu pada mereka sehingga berusia 12 tahun. Susu dapat membekalkan tenaga, kalsium membina tulang dan gigi yang kuat pada anak 
*
Jangan ambil enteng akan kebersihan kediaman dan peralatan rumah anda, sentiasa pastikan disterilkan samada dengan cecair Dettol untuk mengelak penyebaran kuman. Pastikan anak-anak dimandikan dan disalin dengan baju baru sekiranya mereka bermain diluar rumah walaupun sekadar bermain rumput. Anda anda mungkin terdedah pada hama dan ulat yang boleh mengundang kegatalan kulit dan menyebabkan kerengsaan.
*
Botol susu anda seharusnya disterilkan setiap hari dengan air panas pada suhu 100 C. Pastikan botol susu anak jenis plastic yang berkualiti untuk mengelakkan kebocoran plastic yang memungkinkan risiko hati dan kanser pada anak. Kesannya sama seperti kita menggunakan polisterin. Sebaiknya botol susu ditukar setiap 3 bln sekali. 
*
Sebaik-baiknya anak yang telah berusia 6 bln diberi makanan yang sesuai bukannya 4 bulan kerana ketika ini dikhuatiri usus mereka masih lembut.


1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...