Friday 25 March 2011

Pilihan Terbaik Untuk Cayang...

Cloth Diaper Vs Pampers????

BABYLAND CLOTH DIAPER pilihan ibu utk Ammar DAnish

ms tgh preggy dh planning awal2 nk pkai cloth diaper utk si enchem Ammar ni...so, ibu bincang dgn papa, buat keputusan beli lah 7 helai babyland cloth diaper..murash2 je...

then lepas bersalin,ammar masih kecik lg, nampak cm besar je CD ni dgn cayang Ammar..so, tgu lah cayang besar dlu..Ammar 5 Bulan baru stat guna CD..memang berbaloi2....senang digunakan,senang basuh, duit pn jimat..Terima Kasih kepada Cik Yu Ammar kerana memperkenalkan CD ni..Ammar pn lebih selesa dgn CD ni...

Nak tau ape itu CLOTH DIAPERS????
Cloth diaper merupakan lampin kain rekabentuk moden yang amat selesa untuk bayi dan mesra pada kulit . Ia sesuai untuk di gunakan dari umur bayi 3 bulan sehingga 3 tahun dan boleh di cuci . Bahagian luar cloth diaper di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane laminate yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor & mampu menyerap air kencing bayi sehingga 3 hingga 4 jam penggunaan. 

Yang penting lampin kain moden ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan bayi anda. 



Ammar Tdo dengan selesa...



Apa keistimewaan cloth diapers ? 



Si cayang akan rasa lebih selesa . 

Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas Ammar rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit. 

Model Cloth Diaper..AMMAR DANISH



Tidak membahayakan kesihatan Si cayang. 

Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan Ammar  lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa Ammar. 



Cepat kering bila di cuci 

Ibu Ammar tak perlu risau setiap kali mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan. 




Mudah di pakai dan di ubah suai 

lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz s , m dan l mengikut usia bayi . Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain.




 tak mudah bocor ! 

Oleh kerana bahagian luar cloth diaper ini di perbuat dari sejenis bahan kalis air yang di panggil polyutherane (pul) , ia tak mudah bocor dan membasahkan seluar Ammar atau tilam katil Ammar. 


Yang penting sekali Ia amat menjimatkan wang poket ibu n papa ! 
Biasanya seorang bayi akan menggunakan lampin sehingga berumur 2 tahun ke 3 ahun. Jadi mereka akan menggunakan kira-kira 

kos bagi lampin pakai buang:

Katakan anak anda menggunakan 5 helai lampin pakai-buang sehari pada kos rm0.60 setiap satu
Rm0.60 x 5=rm3.00 sehari
Rm3.00 x 365 hari=rm1095 setahun
Rm1095 x 3 =rm3285 untuk 3 tahun
Kos menggunakan lampin kain
Sehelai lampin : rm25 - rm45
Beli 7 helai: 7 x rm 25 =rm175
Beli 15 helai: 15 x rm25 =rm375 seumur hidup bayi (lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh)
Kos kekal sepanjang 3 tahun & dan boleh dipakai untuk adiknya
jadi  jimat: 

rm2000.00 hingga rm 3000.00 !!! 




Ammar suka CD...

Ape Keburukan Pampers???

mempunyai dioxin: 
dioxin l dari proses pelunturan kertas bagi mendapatkan kertas yang nampak putih dan bersih. Bahan ini merupakan toksin bersifat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser. Penggunaannya telah dilarang di banyak negara, tetapi tidak termasuk usa.
 

Mengandungi sodium polyacrylate:
 
berfungi menyerap cecair dan akan bertukar menjadi gel apabila basah. Inilah yang menyebabkan kulit bayi menjadi merah dan ruam. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, deman serta jangkitan kuman.


Mengandungi tributyl tin (tbt):
 
iaitu bahan pencemaran alam yang sangat bertoksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.
 

Pencemaran: 
merosakkan dan mencemarkan alam sekitar. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi penghasilannya termasuk pokok utk menghasilkan kertas serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.

Tidak sihat: 
satu kajian yang dijalankan di jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.
 
 


 Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991. Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang. Sebab-sebab yang ruam lampin adalah alahan, kekrangan pengudaraan di dalam lampin, kepanasan, dan bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.
Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah). Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang 
semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang.

so, pilihlah yang terbaik utk yang tersayang....

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...