Saturday 19 March 2011

Pesta Belon Udara Panas Kembali lagi di Putrajaya....

Jom Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya 2011



FIESTA BELON UDARA PANAS ANTARABANGSA 
PUTRAJAYA 2011

17 - 20 Mac 2011
7:00 pagi - 9:00 malam
Monumen Alaf Baru, Precinct 2, Putrajaya.

Maklumat lanjut : myballoonfiesta
 
Besttttt sgt…Setahun sekali dpt tgk..Ammar dh pg dah…excited si enchem Ammar  tgk belon besar..takut pn ader sbb bunyi api yg kuar tu kuat sgt…Rugi kalau sape2 yang tak datang kerana sape2 je berpeluang untuk naik belon udara panas dengan harga yang murash2 dan berpatutan..



Ammar ketakutan bunyi belon udara yang kuat..




Belon karakter kartun terkenal dari Jepun, Doraemon buat pertama kali ditampilkan dalam pesta ini




kalu ada masa & rasa2 tak tau ke mana2  weekend ni, meh la ramai2 datang bawa famili, sedara mara, kawan2 tgk pesta ni. nak2 lagi kene lak dengan sekarang ni anak2 yang sedang bercuti sekolah. elok sangat la tu kan, bawak diaorang datang. Esok the last day..so cepat2 pg sape yg tak pg lagi…

Beberapa Belon Udara Panas yang menyertai pesta ini.

 

serba skit info tentang pesta ini utk panduan sape2 yg ingin tahu:

  • Pertunjukan diadakan di kawasan letak kereta Monumen Alaf Baru, Presint 2 dekat sini menampilkan 27 belon membabitkan 14 negara termasuk Belgium, Switzerland, Belanda, Amerika Syarikat, Jepun, Hong Kong, Thailand dan Vietnam
  • sebanyak lima belon disediakan kepada pengunjung yang ingin merasai pengalaman menarik menaiki belon panas, iaitu pada jam 8 pagi hingga 11 pagi dan pada jam 6 petang hingga 9 malam pada harga RM10 bagi dewasa dan RM5 bagi kanak-kanak,sepanjang pesta berlangsung. Sesiapa yang berminat, perlu datang awal ke tapak pesta untuk mendapatkan tiket,kaunter tiket dibuka pd pukul 730 pagi dan 530 petang sahaja.
  • selain belon panas, ada acara lain yang diadakan antaranya aksi sukan paramotor dan paragliding, pertunjukan kapal terbang kawalan jauh dan layang-layang. Lebih menarik, mereka yang berangan-angan ingin mengalami gaya hidup hartawan ala Donald Trump boleh mencuba menaiki helikopter yang beroperasi antara 8 pagi hingga 12 tengah hari, dan 1 petang hingga 4 petang dengan bayaran rm130 seorg..
  • Untuk kanak-kanak pun ada jugak tau! ada pertunjukan badut, silap mata, seni pasir, inai, membuat tatu lekap, mewarna, membuat kapal terbang kertas dan bermain tanglung
  • Untuk aktiviti extreme ada paintball, wall climbing,zorbing and archery
  • Di sebelah malam, anda boleh menyaksikan pertunjukan bunga api

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...